Saturday, October 27, 2012

FUNGSI, MASALAH DAN CARA MENGATASI ALTERNATOR KERETA


Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi maklumat berkenaan alternator kereta.
Alternator Kereta
Pengetahuan terhadap alternator ini penting bagi memantapkan lagi ilmu kita terhadap sistem dalaman kereta.
Alternator adalah salah satu komponen yang terdapat dalam sistem cas automotif.
Sistem cas automotif terdiri daripada 3 komponen penting iaitu:
  1. Bateri.
  2. Voltan.
  3. Alternator.

Fungsi dan Kepentingan Alternator Kereta

Alternator adalah alat elektromekanikal yang menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik (alternating current / AC). Fungsi utama alternator adalah mengecas semula bateri serta memberikan bekalan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan, apabila enjin kereta dihidupkan.
Jika kita perasaan, apabila enjin hidup, segala bahagian kereta dapat berfungsi seperti:
  • Interior dan exterior lights (lampu luaran dan dalaman kenderaan).
  • Radio.
  • Wiper
  • Dan lain-lain.
Alternator adalah bahagian kenderaan yang memberikan bekalan tenaga terhadap item-item di atas.
Manakala automotive alternator pula berfungsi untuk mengawal voltan output. Ia menggunakan satu set rectifier (diode bridge) untuk menukarkan tenaga elektrik AC ke DC.

Di Mana Terletaknya Alternator Kereta

Alternator biasanya boleh dijumpai di bahagian hadapan enjin kereta. Ia digerakkan olehcrankshaft, di mana menukarkan piston yang bergerak atas bawah menjadi gerakan pusingan.
Alternator Kereta - Kedudukan
Boleh rujuk imej di atas untuk meningkatkan pemahaman kita terhadap kedudukan alternator.
 Kita juga akan membincangkan isu tanda-tanda alternator kereta bermasalah.
Ia merupakan maklumat penting kepada pemilik kenderaan supaya dapat memberikan signal bahawa kereta kita sedang menghadapi masalah.
 Kita sudah mengetahui tentang fungsi alternator kereta. Umumnya, ia adalah salah satu daripada komponen yang wujud dalam sistem cas automotif.
Alternator Kereta - Bahagian Hadapan
Biasanya alternator ini boleh dijumpai di bahagian hadapan enjin kereta dan crankshaft yang akan membantunya beroperasi.

Bagaimana Untuk Periksa Alternator Kereta?

Langkah pertama adalah menghidupkan enjin kereta dan biarkan ia sekurang-kurangnya 3 minit. Jangan buka sebarang lampu, penghawa dingin dan komponen dalam kereta yang lain.
Kemudian cabut kedua-dua kepala bateri yang mempunyai simbol negatif (-) dan positif (+).
Kemudian lihat apa yang berlaku pada kereta kita. Terdapat dua situasi yang akan berlaku apabila kita menanggalkan kepala bateri selama 5 minit:
  1. Sekiranya enjin kereta kita masih hidup, maka itu tandanya alternator kita masih berfungsi dengan baik.
  2. Sekiranya enjin kereta mati, ia penanda aras bahawa alternator kita bermasalah dan perlu diganti.

3 Petanda Alternator Bermasalah

Terdapat 3 petanda ketara yang menjelaskan alternator kereta mengalami masalah.
Alternator Bermasalah - Power Window Lemah
Antaranya adalah:
  1. Power window bergerak dengan perlahan.
  2. Lampu kereta malap ketika enjin dihidupkan.
  3. Bateri kereta yang lemah.
Semoga perkongsian mengenai alternator kereta ini dapat memberikan manfaat kepada kita sebagai pemandu kereta.
Sekiranya alternator kereta kita bermasalah, segera ke kedai servis kereta yang berdekatan bagi mengelakkan daripada masalah yang lebih besar berlaku.

4 comments:

Goodday battery said...

Warga Orang Wangsa Maju AU3, keramat Cheras, Kuala Lumpur dan Gombak. perkhidmatan kami lebih cepat kepada anda. cawangan kami di Jalan Jejaka, Taman Maluri telah pun dibuka.

Kami di bateriku.com akan selesaikan masalah anda.

PERCUMA - PENGHANTARAN | PEMASANGAN | PEMERIKSAAN

Sebarang pertanyaan hubungi :
1-800-22-2324 - toll free
012 - 245 8027 - call,sms,whatsapp

*harga termurah di pasaran - harga kilang
*bermula dr RM120 (harga walk in) (Harga berbeza mengikut jenis kenderaan)
*servis tip top
*bateri kering dan basah
*beroperasi dari 9 PAGI hingga 11 MALAM setiap hari (9 pagi - 6 ptg Ahad dan Cuti Umum)

Unknown said...

Kereta sy bile aircond jalan, semua lampu berkelip skali.. kalau tgh bawak 20-40, bila aircond jln je die jadi tersengguk.. tu mslh altenator ke?

Unknown said...

Masalah lampu tu ibarat mcm lampu rumah, bile kite psang cntohnya blander, die jadi kelip

Unknown said...

Kemungkinan alternator bermasalah, aircond comperesor bermasalah juga, kerana compresor perlukan bekalan elektrik yg lebih@tinggi.